fbpx

Pesta Futsal Rakyat 2019 - Piala Tun DR Mahathir mohamad

Pesta Futsal Rakyat – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu siri kejohanan futsal tahunan yang diadakan di beberapa lokasi pilihan di setiap zon di Semenanjung Malaysia. Kejohanan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia melibatkan semua peringkat umur.

Pertandingan yang dinaungi oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi platform interaksi masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan penganjuran beberapa siri pertandingan kompetitif yang bukan sahaja memfokuskan kepada penglibatan peserta, malah turut dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung acara.

Malaysia yang terkenal sebagai negara berbilang kaum memerlukan medium yang mampu menyatupadukan masyarakat. Pesta Futsal Rakyat dilihat mampu meningkatkan keakraban jalinan antara kaum di negara ini melalui penyertaan aktiviti sihat.

Melalui penganjuran Pesta Futsal Rakyat, acara ini mampu menjadi platform mengenalpasti bakat-bakat di kalangan pemain futsal amatur bukan sahaja di kawasan bandar-bandar utama, malah berpotensi mengetengahkan bakat-bakat luar bandar yang ketandusan platform bagi menonjolkan potensi mereka.

Kerancakan Pesta Futsal Rakyat mampu membendung masalah gejala sosial di kalangan belia di negara ini. Sukan futsal diyakini mampu menghindarkan kecenderungan warga muda negara ini daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang berunsur negatif dan tidak bermanfaat.

Nilai-nilai murni juga mampu disemai dengan penganjuran Pesta Futsal Rakyat. Aktiviti sukan yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada kemampuan generasi muda dalam mencorakkan masa depan negara.