fbpx

FORMAT KEJOHANAN

  1. Pesta Futsal Rakyat layak disertai oleh seluruh pasukan futsal di Malaysia yang akan bertanding di peringkat zon (Zon Utara, Zon Sentral, Zon Selatan, Zon Timur). Kemuncak Pesta Futsal Rakyat akan menyaksikan EMPAT (4) pasukan terbaik dari setiap zon akan beraksi di ‘Grand Final’ bagi merebut Piala Tun Dr Mahathir Mohamad 2019.
  2. Penganjuran Pesta Futsal Rakyat di peringkat zon melibatkan TIGA (3) kategori; Kategori Terbuka Lelaki, Kategori Bawah 16 Tahun dan Kategori Bawah 12 Tahun. Kategori Terbuka Wanita HANYA akan dianjurkan di peringkat ‘Grand Final’.
  3. Setiap kategori di peringkat zon dan Kategori Wanita disertai oleh 64 pasukan.
  4. Setiap pasukan di peringkat zon akan dibahagikan kepada 16 kumpulan yang mengandungi 4 pasukan dan akan bertanding secara format liga. 2 pasukan terbaik setiap pasukan akan layak ke pusingan kalah mati bermula daripada Pusingan 32, Pusingan 16, Suku Akhir, Separuh Akhir. Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga & Keempat dan Perlawanan Akhir.

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Setiap peserta haruslah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
  2. Pendaftaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi Tournamentor yang boleh dimuat turun di Apple Apps Store atau Google Play Store.
  3. Setiap pasukan WAJIB mendaftarkan minimum 5 pemain dan maksimum 8 pemain termasuk 1 kapten pasukan.
  4. Setiap peserta WAJIB ada di kaunter pendaftaran dan membawa kad pengenalan masing-masing.
  5. Pemain di bawah Umur 16 Tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu/bapa dan membawa salinan ketika hari perlawanan berlangsung. Borang dimuat turun DI SINI.
  6. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja di peringkat Zon dan juga Peringkat Grand Final.
  7. Pendaftaran akan ditutup 4 hari sebelum setiap perlawanan negeri. Kapten pasukan dibenarkan mengemaskini maklumat pemain selewat-lewatnya sehari sebelum perlawanan tersebut.
  8. Pesta Futsal Rakyat akan memperkenalkan penggunaan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) dan akan digunakan secara meluas di sepanjang kejohanan. Pemain haruslah mengikut seluruh implementasi sistem RFID sepanjang kejohanan berlangsung.
  9. Sebarang perubahan mana-mana syarat pertandingan adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab penganjur.
  10. Pasukan yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dilarang daripada menyertai kejohanan ini.
  11. Pihak penganjur dan pemilik gelanggang futsal kejohanan TIDAK akan sama sekali bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, kehilangan nyawa sebelum, semasa ataupun selepas kejohanan ini dilangsungkan sama ada kecelakaan itu hadir dengan sendirinya ataupun melibatkan sekitar kawasan pertandingan.
  12. Pengarah kejohanan memiliki kuasa yang mutlak untuk membuat keputusan walaupun keputusan itu bertentangan dengan keputusan pengadil perlawanan.
    Dengan pendaftaran PFR Piala Tun Dr Mahathir 2019, Pengurus / Kapten Pasukan mewakili setiap pemain bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur di website rasmi www.pestafutsalrakyat.com
  13. Pemain yang menyertai kejohanan futsal tidak dibenarkan menyertai Pertandingan Playstation. Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada pemain futsal yang ingin menyertai Cabaran Panna, namun tertakluk kepada jadual perlawanan futsal. Pemain futsal yang menyertai Cabaran Panna harus merancang sendiri keutamaan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti di Pesta Futsal Rakyat. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta futsal tersebut diisytiharkan kalah melalui peraturan ‘walk over’ sekiranya tidak berada di gelanggang Panna pada waktu yang telah ditetapkan.
  14. Sepanjang Pertandingan Futsal peringkat Zon, pasukan hanya dibenarkan menurunkan 8 pemain yang didaftarkan sebelum pertandingan bermula sahaja. Sekiranya berlaku kecederaan atau terdapat salah seorang pemain pasukan tersebut meninggal dunia, pasukan dibenarkan menggantikan pemain tersebut dengan syarat perlu mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Perubatan yang mengesahkan pemain tersebut mengalami kecederaan dan tidak berkeupayaan untuk terus bermain atau salinan Sijil Kematian.
  15. Bagi pemain yang telah DIBATALKAN penyertaan oleh penganjur dari salah satu zon Pesta Futsal Rakyat, pemain tersebut tidak lagi dibenarkan menyertai Pertandingan Futsal di mana-mana Zon sepanjang musim Pesta Futsal Rakyat 2019. Bagaimanapun, sekatan ini hanya untuk Pertandingan Futsal sahaja. Pemain tersebut masih boleh menyertai Cabaran Panna, Pertandingan Freestyle  dan Pertandingan Playstation.
  16. Semua perlawanan di kesemua gelanggang futsal akan dirakam sepanjang berlangsungnya Pesta Futsal Rakyat. Sekiranya berlaku insiden yang menimbulkan keraguan dan kekeliruan – punca perbalahan, permainan kasar yang mengakibatkan kecederaan dan sebagainya, pihak penganjur berhak membuat keputusan untuk merujuk rakaman kamera video di gelanggang perlawanan dan sekitar lokasi acara. Ini adalah perlu bagi penganjur untuk membuat siasatan lanjut bagi menjelaskan keraguan dan kekeliruan yang timbul. Pihak penganjur mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan semua keputusan berdasarkan situasi sebegini. Sekiranya didapati terbukti bersalah, pihak penganjur berkuasa untuk mengambil tindakan diskualifikasi keatas pesalah laku. Pemain harus menghormati keputusan pengadil dan penganjur dan segala keputusan adalah muktamad.

Peraturan Teknikal Perlawanan

1. Peraturan futsal FIFA akan digunakan secara menyeluruh sepanjang Pesta Futsal Rakyat berlangsung, kecuali beberapa peraturan yang ditetapkan dan disesuaikan oleh pihak penganjur.

2. Perlawanan peringkat kumpulan berlangsung selama 5 minit setiap separuh masa (5-1-5). Bermula peringkat Separuh Akhir, durasi perlawanan dilanjutkan kepada 7 minit setiap separuh masa (7-1-7).

3. Setiap pasukan dikehendaki berada di sekitar gelanggang 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya pasukan gagal memasuki gelanggang setelah 2 minit wisel sepak mula ditiupkan, pengadil akan memberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 kepada pasukan lawan.

4. Setiap pasukan boleh mendafarkan 8 orang pemain. Hanya 5 orang pemain termasuk penjaga gol akan bermain dalam satu masa. Bagi pertukaran pemain, pemain simpanan akan mengikut peraturan pertukaran terbang (Flying substitutions).

5. Dalam peringkat kumpulan, sekiranya pasukan mempunyai mata yang sama, sistem perbezaan jaringan akan digunapakai. Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai kelebihan jaringan akan diisytiharkan sebagai pemenang. Sekiranya masih sama, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

6. Bagi penentuan sepakan penalti, tiga sepakan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang. Jika masih seri, sepakan penalti diteruskan sehingga satu pasukan memiliki kelebihan gol.

7. Ketika situasi sepakan penalti, penjaga gol harus berdiri di atas garisan gol dan hanya dibenarkan keluar dari garisan gol setelah bola ditendang.

8. Pemain harus menghormati keputusan pengadil dan segala keputusan pengadil adalah muktamad.

9. Pihak penganjur juga mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan keputusan perlawanan berdasarkan situasi tertentu perlawanan yang memerlukan campur tangan penganjur.

10. Sekiranya pasukan ingin mengemukakan bantahan, Pengurus pasukan perlu mengemukakan rayuan bertulis beserta wang deposit RM50. Wang bantahan tidak akan dipulangkan sekiranya rayuan ditolak.

PENDAFTARAN SEMULA

Pemain hanya dibenarkan mendaftar dalam satu pasukan dan satu zon pada bila-bila masa. Jika gagal memenangi kedudukan ke Peringkat Akhir, pemain dibenarkan mendaftar untuk perlawanan zon seterusnya.

PENGESAHAN PENYERTAAN

SMS pengesahan akan dihantar kepada kapten pasukan selepas yuran dibayar melalui aplikasi Futsal.Asia Tournamentor. Sekiranya pendaftaran berjaya, anda akan dapat melihat kod QR di ruangan ‘My Tournament’ pada aplikasi tersebut. Jika terdapat sebarang masalah, hubungi kami melalui whatsapp di +6012 364 0010.