fbpx

PERATURAN FREESTYLE FOOTBALL

Pusingan Rutin

  1. Setiap pemain akan membuat persembahan selama 1 minit.
  2. Juri akan membuat penilaian dan memberikan markah.
  3. Markah yang dikumpulkan oleh peserta akan menentukan ranking peserta.
  4. Susunan perlawanan peringkat seterusnya akan ditentukan mengikut ranking peserta.

Pusingan Kalah Mati

  1. Perlawanan berlangsung selama 3 minit.
  2. Setiap peserta mempunyai 30 saat untuk melakukan aksi freestyle, ini bermaksud pemain memiliki gilliran sebanyak 3 kali dalam setiap perlawanan.
  3. Hos akan mengumumkan giliran seorang peserta akan tamat 5 saat sebelum tamatnya 30 saat peluang beraksi.
  4. Ketika peserta sedang melakukan aksi freestyle, pemain lawan tidak dibenarkan beraksi serentak.
  5. Peserta boleh menggunakan bola freestyle sendiri.
  6. Peserta tidak dibenarkan menukar kasut dan bola semasa perlawanan.
  7. Tidak digalakkan menggunakan tangan.

Kriteria Penilaian

Penilaian juri adalah berdasarkan kriteria berikut:

  1. Allround – Keupayaan mempersembahkan penggunaan seluruh anggota (kecuali tangan) dengan baik. Contoh : Uppers, Lowers, Sitdowns, Tansitions, Acrobatics dan Ground moves
  2. Difficulty – Kemampuan menggabungkan pelbagai teknik dan tahap kesukaran yang tinggi dengan baik. Mampu memberi tindak balas yang lebih baik terhadap trick yang dipersembahkan pihak lawan.
  3. Creativity – Mampu mempelbagaikan teknik dan persembahan. Tidak mengulangi trick yang sama sepanjang persembahan.

PEMARKAHAN

Garis panduan pemarkahan adalah seperti berikut:

5 – Cemerlang

4 – Amat Baik

3 – Baik

2 – Sederhana

1 – Memuaskan

0 – Kurang Memuaskan

Peraturan Tambahan

1. Pemain boleh mengemukakan bantahan kepada pengarah pertandingan.

2. Keputusan pengarah pertandingan adalah muktamad.

3. Walaupun unsur freestyle menggalakkan kebebasan melakukan gerakan mengikut kreativiti, pengaruh muzik, reaksi DJ dan memberi tindak balas kepada trick pihak lawan, terdapat kecenderungan kecil bagi setiap peserta untuk melakukan perbuatan yang tidak menghormati pihak lawan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Dalam kehangatan persaingan antara dua pemain, semangat kesukanan harus dikekalkan sepanjang kejohanan berlangsung.

4. Pengarah kejohanan berhak menyingkirkan peserta daripada pertandingan yang dilihat melanggar peraturan atau melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak lawan.