fbpx

PERATURAN PANNA

1. Apa itu Panna?

Panna (juga dikenali sebagai “Nutmeg”, “Ole” atau “5 Ringgit”) merupakan perilaku memperdayakan pihak lawan dengan menggunakan pelbagai teknik gerak kaki bagi menggerakkan bola melintasi antara kedua kaki pihak lawan.

2. Format perlawanan

2.1 Durasi penuh perlawanan ditetapkan selama 3 minit.

2.2 Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pemain berjabat tangan sebagai tanda hormat dan semangat kesukanan.

2.3 Kedua-dua pemain berdiri membelakangi antara satu sama lain. Bola perlawanan diapit oleh belakang badan kedua-dua pemain.

2.4 Sebaik sahaja pengadil memulakan perlawanan, kedua-dua pemain akan memusingkan badan dan bersaing bagi mendapatkan penguasaan bola.

2.5 Terdapat dua cara untuk memenangi perlawanan:

  • Melakukan Panna terhadap pihak lawan. Perlawanan tamat serta merta setelah Panna berjaya dicapai tanpa perlu menghabiskan 3 minit perlawanan.
  • Menjaringkan gol terbanyak selepas tamat perlawanan.

2.6 Pertandingan Panna terbahagi kepada dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati.

  •  Seramai 64 peserta akan dibahagikan kepada 16 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi empat peserta.
  • Pemarkahan bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut;

    Menang 3 mata, Seri 1 mata, Kalah 0 mata.

 

Nota : Kemenangan melalui Panna memberikan mata yang sama dengan kemenangan melalui jaringan gol. Sekiranya pemain mengumpulkan mata yang sama setelah tamat peringkat kumpulan, kriteria berikut akan diambil kira bagi menentukan pemain yang mara ke peringkat seterusnya:

  1. Keputusan perlawanan antara pemain yang terlibat (Head to head).
  2. Jumlah Panna yang berjaya dicapai atau jumlah Panna yang dibolosi.
  3. Perbezaan jaringan gol (untuk perlawanan tanpa Panna).
  4. Jaringan gol terbanyak (untuk perlawanan tanpa Panna).

2.7 Pemain yang tidak berada di gelanggang ketika tiba giliran perlawanan akan diisytihar tewas 5-0.

2.8 Jika terdapat pemain yang cedera ketika perlawanan berlangsung dan tidak dapat meneruskan perlawanan, pihak lawan boleh memilih untuk menang 5-0 atau mengekalkan jaringan semasa ketika perlawanan ditamatkan.

2.9 Sekiranya bola terkeluar dari gelanggang permainan, jam akan dihentikan.

3. Gol

3.1 Setiap kali bola melintasi tiang gol lawan, 1 mata akan diberikan (termasuk gol sendiri).

3.2 Pemain tidak dibenarkan menggunakan dinding untuk menjaringkan gol.

3.3 Setelah gol dijaringkan, penjaring gol hendaklah menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dari pemain lawan.

4. Panna

4.1 Pemain perlu menguasai bola sebelum melakukan Panna.

4.2 Pemain tidak boleh menggunakan dinding sebagai bantuan melakukan Panna.

4.3 Panna semestinya terhasil dengan tindakan yang disengajakan oleh pemain, pengadil akan memberikan keputusan kepada tindakan ini.

4.4 Cubaan menjaringkan gol tidak akan dianggap Panna melainkan pemain tersebut sememangnya berniat mahu menjaringkan gol melalui kaki pemain lawan. Pengadil akan memberikan keputusan kepada tindakan ini.

4.5 Jika bola tersekat di antara kaki pemain, tindakan pihak lawan mencucuk bola tersebut hingga melepasi kaki pemain tersebut tidak akan diisytihar Panna.

5. Masa Tambahan

5.1 Jika perlawanan di peringkat kalah mati masih terikat, perlawanan tersebut akan berlanjutan ke Masa Tambahan. Terdapat 3 cara untuk memenangi perlawanan di Masa Tambahan :

  • Panna.
  • Pemain mengatasi pemain lawan dengan 2 jaringan gol.
  • Pemain yang menjaringkan gol terbanyak selepas tamat perlawanan.

5.2 Sekiranya keputusan perlawanan masih terikat, perlawanan akan berlanjutan ke “sudden death”, di mana pemain yang melakukan Panna/menjaringkan gol terlebih dahulu akan menang.

sistem perlawanan PANNA

  • 1st Bermula dengan peringkat kumpulan
  • 2nd Peringkat kalah mati
  • 3rd Suku akhir
  • 4th Separuh akhir
  • 5th Pusingan akhir