fbpx

Pertandingan FIFA 19 Pesta Futsal Rakyat

Syarat-syarat dan Peraturan

Peraturan Asas
 

1. Pertukaran formasi dan pemain hanya dibenarkan sebelum perlawanan bermula dan ketika rehat separuh masa, lontaran ke dalam, sepakan gol, sepakan penjuru dan kecederaan serius sahaja. Jika pemain ingin menghentikan perlawanan atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu mengeluarkan bola dari kawasan permainan. Jika terdapat bantahan daripada pemain lawan, bergantung kepada situasi, pegawai perlawanan berhak membatalkan penyertaan pemain dan memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pihak lawan.

2. Peserta tidak dibenarkan melakukan suntingan (edit) terhadap formasi sedia ada. Hanya dibenarkan melakukan perubahan formasi yang tersedia. Penggunaan taktik custom dibenarkan.

3. Penganjur akan menyediakan alat kawalan sepanjang pertandingan secara sewaan. Sekiranya peserta gagal memulangkan semula alat kawalan di hujng tempoh penyewaan, mereka akan didenda atau perlu membayar dengan nilai set alat kawalan yang baharu. Pemain digalakkan membawa alat kawalan DS4 sendiri. Risiko kerosakan dan kehilangan ditanggung sendiri.

4. Lambungan duit syiling akan menentukan pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat.

5. Sekiranya pemain tiba lewat 5 minit daripada jadual perlawanan, penganjur berhak memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada pihak lawan.

6. Sekiranya peserta melakukan kesalahan bermain secara tidak adil, penganjur berhak mengeluarkan amaran, menghentikan perlawanan atau membatalkan penyertaan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

Berikut merupakan tindakan yang dikategorikan sebagai bermain secara tidak adil:

  • Menggunakan bantuan software atau hardware yang tidak dibenarkan untuk tujuan memberi kesan kepada permainan.
  • Menghentikan perlawanan dengan sengaja.
  • Menggunakan setting yang melampaui piawaian yang dibenarkan.
  • Mengatur perlawanan atau membenarkan lawan menang secara terang-terangan.
  • Perlakuan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan seperti menggunakan kata-kata kesat.
  • Segala perbuatan yang dirasakan mempunyai unsur permainan tidak adil oleh penganjur.

7. Sekiranya peserta mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan:

  • Wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
  • Tidak dibenarkan menggantikan dengan pemain lain.
  • Peserta lawan diberikan kemenangan percuma 3-0.

8. Penganjur mempunyai hak untuk meminda peraturan, format, hadiah, masa perlawanan, lokasi pertandingan, tarikh dan sebagainya tanpa mengeluarkan sebarang notis sebelum, semasa dan selepas pertandingan berakhir.

9. Sekiranya terdapat pertikaian, keputusan penganjur adalah muktamad.

10. Sekiranya peserta membawa rakan sepasukan ataupun peneman, sila pastikan mereka menjaga tingkah laku. Jika peserta lawan diganggu oleh individu tersebut, peserta tersebut boleh dibatalkan penyertaan.

11. Skrin akan disediakan oleh penganjur utama. Penganjur akan memastikan pengalaman bertanding yang terbaik kepada peserta.

12. Setiap kumpulan akan mempunyai dua Stesen. Semasa sesi berkumpulan, pasukan dalam kumpulan yang tidak bermain hendaklah berada di belakang stesen pasukan dan sentiasa dalam penglihatan petugas yang bertugas.

Format Perlawanan

1. Pertandingan ini akan menggunakan format seperti yang berikut:

  • Peringkat Kumpulan – Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain dan akan bersaing merebut dua tempat terbaik mara ke peringkat seterusnya.
  • Peringkat Kalah Mati – Pemain akan bermain dalam mode perlawanan timbal balik selama 5 minit. Pemenang akan ditentukan melalui keputusan agregat. Jika perlawanan masih berkesudahan dengan keputusan seri, pemenang akan ditentukan melalui perlawanan selama 5 minit dengan peraturan Gol Emas tanpa masa tambahan, dan berlanjutan ke sepakan penalti jika masih berkesudahan seri.

2. Dalam peringkat kumpulan, 4 pemain akan berentap sesama sendiri. Setiap perlawanan akan diberikan mata seperti berikut:

Menang : 3 Mata

Seri : 1 Mata

Kalah: 0 Mata

Setelah tamat peringkat kumpulan, kedudukan pemain akan ditentukan mengikut susunan kriteria berikut:

  1. Mata terbanyak.
  2. Perbezaan jaringan terbanyak.
  3. Jumlah gol yang berjaya dikumpulkan.
  4. Keputusan pertemuan antara dua pemain (Head-To-Head).
  5. Perlawanan ulangan selama 4 minit menggunakan peraturan Gol Emas.
  6. Sepakan penalti jika masih berkesudahan seri.

3. 2 Pemain terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati. Juara kumpulan akan menentang pemain di tempat kedua daripada kumpulan berlainan.

4. Peraturan Khas peringkat kalah mati; Pemain tidak boleh menggunakan pasukan yang sama seperti pemain lawan dan tidak boleh menggunakan pasukan yang sama sebanyak dua kali dalam setiap pusingan.

5. Aliran Pertandingan PFR FIFA 19:

  • 4 pemain di peringkat Zon akan mara ke Grand Final pada 1 September 2019.
  • Perbelanjaan pemain ke Grand Final adalah tanggungan sendiri.
  • 20 pemain akan berentap di Grand Final.

Game setting

  1. Game Type: Exhibition Match – Classic Match
  2. Team Selection: Clubs Only
  3. Difficulty Level: Legendary
  4. Half length: 5 minutes
  5. Game Speed: Normal
  6. Injuries: Off
  7. Offside: On
  8. Bookings: On
  9. Substitute: 7 Players
  10. Hand Ball: Off
  11. Referee: Random
  12. Camera: Tele Broadcast
  13. Extra time: No (group stage), No (group stage)
  14. Penalties: No (group stage)
  15. Defending : TACTICAL Defending
  16. Penjaga gol tidak dapat dimainkan.
  17. Tidak boleh menggunakan pasukan Classic XI atau pasukan wanita.
  18. Tidak dibenarkan menggunakan kawalan Two-button / one button.

Ciri-ciri khas fifa 19

1. Semasa melakukan “side selection”, pemain perlu memilih “kick-off name” sedia ada dan sekiranya tiada, pemain perlu membuat “kick-off name” yang baharu.

2. Semasa pemilihan “game type”, pemain perlu memilih “Classic Match”.

3. Semasa situasi tertentu di peringkat kalah mati, pemain perlu memilih antara “Mode Best of Series” ataupun “Mode Home & Away”.

4. Semasa di skrin “Team Selection”, pemain perlu meletakkan setting “LIVE FORM” dan “ADVANTAGE SETTING” kepada OFF.

5. Visual, User dan CPU gameplay customization perlu diset kepada default.

6. Pemain boleh menukar controller setting menurut pilihan sendiri. TRAINER perlu diset kepada HIDE.

7. Pemain boleh menggerakkan Penjaga Gol menggunakan butang R3, tetapi Penjaga Gol tidak boleh dimainkan dalam perlawanan. Sekiranya pemain menyentuh TOUCH PAD secara tidak sengaja, marshal akan menyiasat situasi dan memberikan keputusan yang sewajarnya.

8. Semasa setting team management, pemain tidak dibenarkan edit individual game plan (di peringkat kumpulan). Namun di peringkat kalah mati, pemain boleh edit game plan dalam tempoh masa yang dibenarkan.

Aturan Perjalanan Pertandingan

1. Perlawanan hanya bermula setelah pegawai perlawanan memberikan isyarat untuk memulakan pertandingan.

2. Semasa perlawanan, pemain tidak dibenarkan berkomunikasi dengan individu yang tidak terlibat dengan perlawanan sehingga tamat perlawanan. Pemain hanya boleh berkomunikasi dengan pemain lawan dan pegawai perlawanan sahaja.

3. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan perlawanan tanpa kebenaran pegawai perlawanan. Sekiranya terdapat seorang pemain meninggalkan perlawanan tanpa memaklumkan pemain lawan dan pegawai perlawanan, semua pemain dalam kumpulan tersebut akan diberikan kemenangan percuma 3-0 tanpa mengira pemain yang meninggalkan permainan tersebut sudah menentang pemain lain atau pasukan lawan telah mencatat kemenangan lebih besar daripada 3-0.

4. Jika perlawanan terganggu kerana kegagalan hardware, pegawai perlawanan berhak memulakan semula perlawanan. Sekiranya berlaku gangguan semasa separuh masa kedua, hanya separuh masa perlawanan akan dimainkan semula, manakala jaringan dari perlawanan sebelumnya akan dimasukkan ke dalam keputusan akhir perlawanan yang dimainkan semula.

5. Apabila tamat peringkat kumpulan, kesemua pemain perlu melaporkan keputusan kepada marshal bertugas. Pemain perlu menunggu keputusan rasmi dua tempat terbaik diumumkan.

6. Selepas nama pemain-pemain yang mara diumumkan, pemain perlu melaporkan diri dan terlibat dalam undian pusingan kalah mati. Pemain hanya akan diundi menentang pemain dari kumpulan lain sahaja.

7. Pemain akan diberi amaran sekiranya melanggar PERATURAN ASAS dan berdepan kemungkinan digantung penyertaan.

8. Pemain berhak melakukan protes dalam tempoh 30 minit selepas keputusan peringkat kumpulan diumumkan.

9. Pemain diminta memeriksa match setting sebelum memulakan perlawanan bagi mengelakkan setting tersebut tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Peraturan Di Lokasi Acara

1. Tidak dibenarkan merokok (termasuk rokok elektronik), berada di bawah pengaruh dadah dan meminum minuman beralkohol di kawasan pertandingan.

2. Memastikan kawasan persekitaran pertandingan dalam keadaan bersih untuk kesejahteraan semua peserta.

3. Menunjukkan tingkah laku yang sopan di premis pertandingan. Pemilik premis berhak mengusir individu yang menunjukkan tingkah laku yang mengganggu para pengunjung acara.

4. Acara ini akan dihadiri orang kenamaan dan jemputan kehormat. Ketika jemputan kehormat tiba, semua peserta dan pengunjung acara perlu memberhentikan segala aktiviti yang sedang dijalankan dan memberikan perhatian kepada tetamu kehormat.

5. Pemain tidak dibenarkan menyambung headphone terus kepada Dual Shock 4 kerana akan mengganggu sistem bunyi kepada kedua-dua pemain. Bagaimanapun, jika kedua-dua pemain bersetuju untuk menggunakan headphone, perkara ini dibenarkan.

Peringatan Kepada Semua

1. Semua diingatkan untuk menganggap acara e-sukan seperti sukan yang lain.

2. Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberikan sokongan kepada semua peserta atas dasar semangat sesama rakyat Malaysia.

3. Menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina, kaum, agama dan bangsa.

4. Menghormati dan mematuhi jadual yang ditetapkan supaya acara berjalan lancar.

5. Jika peserta membawa alat kawalan DS4 sendiri, sila pastikan anda menyimpannya dengan baik. Dilarang menekan home button kerana ia mungkin akan menyebabkan gangguan kepada perlawanan lain.

6. Sila periksa game setting sebelum memulakan perlawanan.