fbpx

SOALAN LAZIM

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi Futsal.Asia Tournamentor. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Apple App Store & Google Playstore.

Kategori: Bawah 12 Tahun/Bawah 16/Terbuka Wanita
Yuran: RM100/pasukan

Kategori: Terbuka Lelaki
Yuran: RM150

Pembayaran boleh dilakukan melalui Senang Pay (Kad Debit/Kredit atau FPX) di aplikasi Futsal.Asia Tournamentor atau secara ‘Bank Transfer’ (perlu memuat naik gambar bukti pembayaran) di aplikasi tersebut. Setelah selesai, anda akan menerima SMS pengesahan.

*Pendaftaran terawal akan menikmati diskaun RM50 daripada harga di atas.

Pemain yang menyertai kejohanan futsal tidak dibenarkan menyertai Pertandingan Playstation. Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada pemain futsal yang ingin menyertai Cabaran Panna, namun tertakluk kepada jadual perlawanan futsal. Pemain futsal yang menyertai Cabaran Panna harus merancang sendiri keutamaan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti di Pesta Futsal Rakyat. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta futsal tersebut diisytiharkan kalah melalui peraturan ‘walk over’ sekiranya tidak berada di gelanggang Panna pada waktu yang telah ditetapkan.

PERINGKAT ZON

KATEGORI BAWAH 12 & 16 

  • Juara – RM1000, Trofi & Medal 
  • Naib Juara – RM800 & Medal
  • Ketiga – RM500 & Medal
  • Keempat – RM300 & Medal

KATEGORI LELAKI TERBUKA

  • Juara – RM2000, Trofi & Medal
  • Naib Juara – RM1500 & Medal
  • Ketiga – RM1000 & Medal
  • Keempat – RM500 & Medal

PERINGKAT AKHIR

KATEGORI BAWAH 12 & 16 TAHUN

  • Juara – RM10000, Trofi  & Medal
  • Naib Juara – RM5000 & Medal
  • Ketiga – RM3000 & Medal
  • Keempat – RM2000 & Medal

KATEGORI TERBUKA

  • Juara – RM20000, Trofi  & Medal
  • Naib Juara – RM10000 & Medal
  • Ketiga – RM5000 & Medal
  • Keempat – RM3000 & Medal

KATEGORI TERBUKA WANITA

  • Juara – RM5000, Trofi  & Medal
  • Naib Juara – RM3000 & Medal
  • Ketiga – RM2000 & Medal
  • Keempat – RM1000 & Medal

Bagi aktiviti Panna Challenge, Freestyle Challenge dan Playstation FIFA 19 Championship, pendaftaran boleh dilakukan di kaunter khas pada setiap kejohanan berlangsung. Kemudian anda perlu muat turun aplikasi Futsal.Asia Tournamentor untuk mendaftar dan melakukan pembayaran sebanyak RM20/penyertaan.

Lihat format: Panna Challenge

Lihat format: Freestyle Football 

Makanan dan minuman tidak disediakan oleh pihak kami. Namun, terdapat food trucks makanan dan minuman serta para peniaga bazar di lokasi PFR berlangsung.

Setiap peserta #PestaFutsalRakyat perlu menanggung risiko sendiri sekiranya berlaku apa-apa kemalangan ketika pertandingan berlangsung. Namun, pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah akan bersiap sedia di sana pada hari perlawanan berlangsung.

Jika anda mempunyai soalan lain,  sila hubungi kami di talian HOTLINE PFR +6012 364 0010 atau whatsapp kami di bit.ly/hotlinePFR