
penaja bersama
EKOVEST BERHAD
Nama yang tidak asing lagi dengan dunia pembinaan bangunan dan mempunyai kecemerlangan dalam kejuruteraan awam. Organisasi yang dibentuk oleh sekumpulan profesional yang bermotivasi tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas. Pada 2 Januari 1985, Ekovest Bina Sdn. Bhd ditubuhkan sekaligus menandakan bermulanya penglibatan organisasi ini dalam projek-projek yang lebih besar serta memerlukan kepakaran kejuruteraan yang tinggi. Nama ini kemudiannya telah ditukarkan kepada Ekovest Sdn. Bhd. Berikutan penyenaraian syarikat ini sebagai syarikat tersenarai awam, sekali lagi berlaku perubahan nama syarikat kepada Ekovest Berhad dan tersenarai dalam Bursa Malaysia pada 9 Ogos 1993.
Sejak itu, Ekovest Berhad telah muncul sebagai salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di negara yang terlibat dalam kerja-kerja kejuruteraan awam dan kerja-kerja pembinaan seperti reka bentuk, projek pembinaan dan pengurusan projek.
Syarikat ini kini beroperasi di ibupejabatnya di Wisma Ekovest, Taman Sri Setapak di Kuala Lumpur, disokong oleh sekumpulan profesional yang terlatih dan dinamik. Ia juga mempunyai kakitangan tambahan yang mempunyai tugas yang pelbagai.